• Home
  • My @rtWork
  • My Facebook
  • mY TweEtEr
  • mY sTorY
  • Editor
Blue Orange Green Pink Purple

Inspirasi - Kreativiti - Seni

..3rd bLog DeNgaN PenGaLamaN PerTaMa..

"..ok fine..ni adalah blog yg ke 3 selepas Arinaz@rtPhoto & Nature Create Creature..apa pun isi kandugan blog berbeza ye..jgn konpius sudey !!..blog kali ni just story mory bout pengurusan berat badan yang lebih sehat.."

Read More

..outing with posing..

Genre : Human, Memory, Object, Scenery
Location : Jelutong Expressway & Botanical Garden, Penang
Gadget : Nokia N82 ; Carl Zeiss, 5 megapixcel
Software : PhotoScape + Photoshop Lightroom + ACD FotoCanvas + Adobe CS4

"..sekian lama x outing bersama teman2..so, ujung mggu lepas (sabtu) kiteorg decided tuk outing berjalan2 (x melibatkan emporium k) sekitar penang..maklum la, three of us oledi had their DSLR cam (how sad i'm)..so, nk try la tembak menembak dipagi hari..cadangan asal nk berpiknik ke Junjung, but then disebabkan 'amaran' awal from our new member JAJA mengatakan yang sekarang ni elakkan mandi sungai sebab ade satu penyakit bawaan air yang tgh menular (x ramai yang tau, maybe sbb lom cukup serius kot)..so kami 'kensel' hasrat itu..xpe, len kali leh g..target derang nk amik gambar sunrise lak memandangkan sebelum nih kat Ban Pecah dah terjah sunset..awal nih kami (lelaki) bgun, kul 6 dh bgun sbb nk siapkan sarapan..gigih kan??anak dara sume suh bujangansss yang wat..aci kah??.."

"..pagi nan indah, tinggi mentari tidak menunggu kami..terus menongkah langit mencerah bumi demi kehidupan yang menanti..awan umpana menerpa dan menyambut kehadirannya..memusat bagaikan dahaga dan rindukan bahang cahaya sang suria..yang pasti, pintu rezeki terbuka lagi bagi mereka yang pandai mencari dan menghargai.."

"..kawan boleh dicari, mudah digapai dan mudah dilerai..rakan datang tatkala gembira, sedih menyendiri memalu hati..sahabat sukar ditemui, tawa nangis ditangkis dan dikikis..agarkan persaudaraan kekal tanpa prejudis.."

"..duduk si dara melihat alam, bersatu dengan alam, bermukah dengan alam demi menerbit rasa syukur pada yang MAHA SATU..mencari ketenangan yang tiada sempadan.."

"..our new member, JAJA de' tingtong..ahaks.."

"..keghairahan meneroka dan merakam alam..mencari yang hilang tiada berganti..bagi tatapan generasi mendatang yang semakin tandus kematangan.."

"..pose maut dari our new member..OMG!!.."

"..persiaran yang menjadi saksi pembangunan dan kemajuan penang.."

"..habis madu, sepah dibuang.."

"..mentari melambai lagi, perpisahan sementara berganti senja..memberi ruang malam melabuhkan tirai..mengubati rindu sang perindu bulan..tamat sudah puisi perjalanan hari ini..merehat minda mereka puisi esok agar sumbangnya tidak ketara.."

p/s : just lest than a week before AP goin' to use his pasport..
Read More 3 spoke(s) to me | 'Nukilan' by Arief Nazrye edit post

..mencelik pagi..

Genre : SunShine Talk
Location : Somewhere around JB
Gadget : Nokia N82 ; Carl Zeiss, 5 megapixcel
Software : PhotoScape + Photoshop Lightroom + ACD FotoCanvas + Adobe CS4


"..selamat pagi malaysia..pagi yang hening, cuaca agak mendung dipagi hari namun beransur cerah dan ceria seiring dengan tik tok waktu yang meniti tinggi..mentari muncul kembali di pagi jumaat..meninggalkan hari semalam dengan rasa sesalan tanpa tiada ulangan..hari ini lakaran baru dicoret, diconteng, dikanvaskan di atas hamparan kehidupan yang belum diketahui kesudahannye..mungkin cantik dan mungkin tidak..mungkin dipuji dan mungkin dikeji..yang pasti, tarian jari harus peka dan harus lembut bermain dengan warna perjalanan hari ini.."

"..secangkir teh dan sepinggan mee goreng menjadi alas di dasar perut yang kontang dan kering dari rezeki tuhan..berasap kepedasan penangan si cilik merah menongkah mata yang kekadang layu dek kerana masih rindukan tilam empuk dan bantal busuk..hari terakhir bagi minggu ini, imbasan kembali sejauh mana tercapai kehendak serta matlamat seminggu yang berlalu..tiada butang yang mampu ditekan untuk memutar putaran masa..bertekad dan ikhlas menerima hari yg berlalu agar yang mendatang lebih sempurna.."

"..malam pergi, siang berganti..dan jumaat kembali lagi bagi menyuntik inspirasi untuk esok yang bercuti.."

p/s : felling di pagi hari.. ::layanzzz::
Read More 0 spoke(s) to me | 'Nukilan' by Arief Nazrye edit post

..seashore..

Genre : Human, Photoshot, Object, Scenery
Location : Ban Pecah, Tanjung Piandang
Gadget : Nokia N82 ; Carl Zeiss, 5 megapixcel
Software : PhotoScape + Photoshop Lightroom + ACD FotoCanvas + PhotoCS4

"..disebalik kekusutan minda, masalah diketepikan buat seketika demi memuaskan rasa kepingin 'menembak'..ban pecah tanjung piandang menjadi pilihan..fokus on sunset moment..adakah?minatkah?AP kureng bab ni..tp xpe..mungkin ade yg lebih menarik tuk AP potraitkan dalam entry kali ni..angin sepoi2 menyentuh 'body' (hayokk..kena tembak la ayat cam puitis tahap kritis)..mujur la x hujan, actly dh plan hari sebelumnya..tp pe kan daya, ketentuan ilahi tiada siapa yg berhak menidakkannyer..(ades, nih la ayat klu dh menulis sambil layan lagu jiwang karats..mampu??)..chop2..sebelum tuh tadi ade terbaca web ni..pe ek lupe la..tentang cinta kot..ihiks..lucu ar.."

"..first picture been captured..almost all of us snap on this first shot..so, it's been differentiate on how they took..indah kan??tenang kan? damai kan?? yeah, just nice..such a suit place to go when ourself is out of control with all these duniawi things..bot itu bukan untuk disewa yea..mujur jauh ketengah sampan2 indah itu, klu dekat..mau je kami ghabat nek atas bot pose2 maut.."

"..tweett..tweet..tweet.."ade mane tu??"..erm.."ade kat luar".."luar mane??".."luar yg bukan dalam"..laporan setiap jam itu penting yea..tak kira sama ada melalui wayar atau wayarless..yang pasti, teknologi memajukan tamadun, tamadun membentuk pemikiran, pemikiran mengawal manusia..dan manusia menarikan jari menaip sms..(pe kaitan nih??).."

"..cintai pantai kita..berbuih kan cakap?penat mengingatkan..letih berkempen..malah capek sudah melarang..tapi masih ade yg x pandai nk hargai 'lukisan alam' (curik ayat drama sya)..nape perlu dicalit kekotoran pada lukisan yang telah cantik??..tangan manusia yang pandai memegang berus lukisan? atau warna dipilih itu tidak seswai?? atau mungkin pemikiran yang sudah tepu untuk didik??..sampai bila??.."

"..sumber alam yang tidak pernah putus..selagi ada air, selagi itu punya rezeki..dan pada yang pandai menyelongkar je layak menerima habuan..tiada yang datang bergolek, malah pipih tidak datang melayang..layangkan dirimu dihamparan dunia yang luas ini..lihat serata sudut, tinjau segala peluang..sudah pasti, lumayan itu milikmu.."

"..usah sendiri andai berdua itu lebih baik..renung sejauhnye jika ia mampu menyuntik ilham baru..sendiri menjalani kehidupan, sendiri mengawal diri, namun berdualah untuk berkongsi kemanisan hidup..mentari sendiri tidak pernah merunggut dipasangkan dengan bulan..walau bulan itu kekal berparut.."

"..ketam batu.."

"..andai kau tahu apa yang aku tahu, andai kau tahu apa yang aku rasa dan andai kau tahu betapa dalamnya aku mengetahui helahmu..tiada apa yang mampu ku ucap, tiada daya yang mampu ku buat, tiada kudrat yang mampu ku himpunkan dalam mengemudi hidup penuh berombak..hempasannya amat menyakitkan, namun ku tetap tegar, ku tetap bertahan dan ku tetap hadapi dengan harapan semuanya mampu mengajar dan mendidikku dalam perjudian percaturan kehidupan..dan daku pasrah andai kekalahan mengatasi kemenangan kerana itu adat permainan.."

"..senja nan sore..terangnya langit kerana sinarnya..gelapnya langit kerna kerdipnya bintang.."

"..selagi terdaya, selagi termampu, selagi hayat dikandung badan..akan ku himpunkan ciptaan tuhan agar menjadi tatapan generasiku..bukan kerana siniskan masa depan, cuma tidak yakin ia akan kekal sebagaimana hari ini.."

"..air sumber rezeki.."

p/s : AP menunggu duitnya kembali..
Read More 2 spoke(s) to me | 'Nukilan' by Arief Nazrye edit post

..tahun baru, orang lama..

Genre : Inside Feeling
Location : Heart


"..kalendar bertukar lagi, angka bersilih lagi, umur meningkat lagi dan turut menyingkat usia, jauh perjalanan dan semakin hampir menerpa destinasi..bertambah atau berkurang bekalan yang dibawa??..tercicir dek kerna kecuaian diri atau bertambah dek pemberian ilahi..usah mencermin diri melihat peribadi..berdiri sendiri mencari dan mengali sahsiah diri..sempurnakan hati, bersihkan sanubari agar diri disinari dan menyinari.."

"..langkah ditari meniti titian kehidupan..berjayalah pada yang berhati-hati, musibah pula pada yang lupa diri..fikirkan mimpi, ciptakan impian, tinggikan cita, hebatkan jati, nescaya akan tergapai yang dihajati..ceduk gaya si jenin, laksanakannya dengan cara si belalang, dan belajar lah dari si pandir..kerana kesilapan dan kesalahan diri adalah sebaik2 pendidik dalam membentuk acuan kehidupan yang lebih lestari.."

"..usah leka menilai hamba yang lain, turas kendiri, saring rohani, dan ukur sendiri..di puncak mana diri berdiri..tertinggi antara yang tertinggi??atau teratas dikalangan yang terendah??..cemburui si bulan, walau tidak sepanas mentari, jauh sekali sekilau bintang..namun berputar mengelilingi bumi melihat rona insani yang sentiasa tidak pandai mensyukuri dan menginsafi..dan insan?? sibuk mencipta telatah dengan harapan kekal menjajah.."

"..tahun bersilih pergi, tamadun bertukar ganti, teknologi diperbaharui, datang dan pergi tanpa disedari..tercapaikah hajat yang diimpi?? atau hanya kekal sebagai mimpi?? lihat persekitaran, lihat sekeliling, lihat di setiap penjuru sudut yang berpusat dari akal sendiri..layakkah dan mampukah diri terus berada di abad ini?? iltizam dan keyakinan mendidik diri mempelajari hati..hamparkan permaidani seluas imaginasi agar minda tidak dipagari.."

"..setahun lagi kaki melangkah..adakah ini langkah terakhir?? andai benar yang terakhir, catatan mana yang fakir??kanan atau kiri?? indahnya kehidupan pinjaman semata, cantiknya dunia bukan untuk dipunya..berdoa dan berharap agar tahun ini lebih ikhlas dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan teka-teki..aminn.."
Read More 2 spoke(s) to me | 'Nukilan' by Arief Nazrye edit post
Newer Posts Older Posts Home

AriNaz@rtPhoto™

  • About Arief Nazrye
      "..woke up every morning perhaps that the past bad memories vanished from my mind..facing the day with a lots of joy without thinking about tomorrow.."
  • Arief Nazrye

    AriNaz@rtPhoto

    Labels

    • aPpeTiTe (6)
    • CoLLecTiOn (1)
    • HeArT's VoIcE (1)
    • hUmAn (18)
    • InTrO (2)
    • LiFe (3)
    • mEmOrY (13)
    • NaTurE (11)
    • oBjEcT (18)
    • PhOtOShOt (7)
    • sCeNeRy (5)
    • sPeciAL (2)
    • TheMe (1)

    Blog Archive

    • ►  2011 (1)
      • ►  December (1)
    • ▼  2010 (4)
      • ▼  January (4)
        • ..outing with posing..
        • ..mencelik pagi..
        • ..seashore..
        • ..tahun baru, orang lama..
    • ►  2009 (41)
      • ►  December (16)
      • ►  August (1)
      • ►  July (3)
      • ►  June (5)
      • ►  May (4)
      • ►  April (5)
      • ►  March (7)

    Journalist

    • KeDai KrAf MiNi BeLiaU
    • KeRjA TaNgaN BeLiaU
    • cAndIdsYndRome
    • Liza@rt
    • LeanY
    • iLinkYourSite

    Followers

    Inquiry

    • [@] ariefnazrye@gmail.com

    Chit Chat

    Follow @AriefNazrye

    My Blog List

    • Nature Create Creature
      ..JeRuK PeNaNg AnaK MaMi.. - Concept : Jeruk Penang Anak Mami Location : Arief Nazrye Studio Price : Ask for details ..entry kali ni sgt berbeza dgn entry² deco/DIY sebelum ni..alhamdul...
    • Arief Nazrye Healthy Melty Story
      Herbalife Bukan Sekadar Makanan, Tetapi Pertalian - ..Salam 1Herbalife !.. ..HAVE U HAD UR SHAKE TODAY ??.. ..adeh..disebabkan internet very der lembab, I pun ase bek update blog I ni kan..kalau sebelum ni ...
    Bookmark and Share


    TiK ToK WaKtU Arief Nazrye

    Sponser

    Click here for Cool Deals in Your City!
  • Rummage Here






    • Home
    • My @rtWork
    • My Homepage
    • Editor

    © Copyright AriNaz@rtPhoto. All rights reserved.
    Designed by FTL Wordpress Themes | Bloggerized by FalconHive.com
    brought to you by Smashing Magazine

    Back to Top